Amos98

 

Ikan Mas

 

 

Ikan Mas (bahasa Inggeris: Goldfish ), Carassius auratus, merupakan salah satu ikan terawal yang dibela jinak, dan masih merupakan ikan akuarium yang dipelihara. Selain daripada merupakan ahli yang agak kecil kepada famili ikan kap (yang merangkumi ikan kap koi serta kap krusian), Ikan Mas ialah versi bela jinak kepada ikan kap kelabu tua/perang yang berasal dari Asia Timur (dibela jinak buat pertama kali di China) dan yang dibawa masuk ke Eropah pada akhir abad ke-17. Nama saintifiknya Carassius auratus. Mutasi yang melahirkan Ikan Mas juga diketahui daripada spesies-spesies siprinid yang lain, seperti kap biasa dan tench.


Ikan Mas boleh tumbuh sehingga 23 inci (59 sentimeter) panjangnya dan 9.9 paun (4.5 kilogram) beratnya, walaupun saiz ini jarang dicapai; sebenarnya, tidak banyak Ikan Mas yang dapat mencapai sehingga separuh saiz ini. Dalam keadaan-keadaan optimum, Ikan Mas boleh hidup selama 20 tahun lebih (rekod dunia ialah 49 tahun), tetapi kebanyakan Ikan Mas yang dipelihara di rumah umumnya hanya hidup selama enam hingga lapan tahun, akibat selalu dipelihara di dalam mangkuk. 

 

 

 Sejarah

Semasa Dinasti Tang, penternakan ikan kap di dalam kolam-kolam adalah amat popular. Disebabkan oleh mutasi genetik dominan, salah satu daripada ikan-ikan kap itu menonjolkan warna "emas" (sebenarnya jingga kekuning-kuningan) dan bukannya warna memutih. Manusia mula menternakkan ikan kelainan emas dan menonjolkan ikan-ikan itu di dalam bekas yang kecil. Ikan-ikan itu tidak dikekalkan di dalam bekas tersebut, tetapi dipelihara di dalam kumpulan air tawar yang lebih besar seperti kolam. Hanya untuk upacara-upacara khas ketika tetamu-tetamu dijangka akan datang bahawa ikan-ikan mas akan dipindahkan ke dalam bekas yang kecil.


Pada tahun 1162, maharani Dinasti Song mengarahkan pembinaan sebuah kolam untuk mengumpulkan kelainan ikan kap yang berwarna merah dan emas. Menjelang saat itu, orang-orang daripada luar keluarga diraja dilarang memelihara kelainan Ikan Mas yang berwarna emas (kuning) kerana warna kuning merupakan warna diraja. Ini mungkin merupakan sebab mengapa adanya lebih banyak ikan mas yang berwarna jingga, berbanding dengan ikan mas yang berwarna kuning, walaupun jenis yang berwarna kuning adalah lebih mudah untuk diternakkan. 


Dengan berlalunya masa, lebih banyak mutasi berlaku, dan melahirkan kelainan-kelainan yang berwarna baru serta yang lebih aneh. Kewujudan warna-warna yang lain dicatat buat pertama kali pada tahun 1276, dengan kewujudan kelainan ekor yang aneh dicatat semasa Dinasti Ming. Pada tahun 1502, Ikan Mas dibawa masuk ke Jepun dan kelainan-kelainan Ryukin dan Tosakin diperkembangkan.


Pada tahun 1611, Ikan Mas dibawa masuk ke Portugal dan dari sana, ke tempat-tempat yang lain di Eropah. Ikan Mas dibawa masuk ke Amerika Utara buat pertama kali pada tahun 1874 dan dengan cepatnya menjadi popular di Amerika Syarika

 

 

 

 

Post by : Amos98

 

Disadur dari : ms.wikipedia.org